Thursday, August 26, 2010

Tahap 1 : Merintis Jalan Mencari Ilmu

Aku dilahirkan dalam keluarga agak susah, ayah aku hanya bekerja sebagai buruh di ladang tebu syarikat Gula Padang Terap Berhad iaitu sebagai drebar trektor. Gaji agak kecil iaitu hanya sekitar rm 6.50 satu hari dan ibu tidak bekerja. Ibu akan bekerja ketika musim menuai tebu iaitu sebagai penebang tebu pada bulan november hingga bulan januari setiap tahun. Upah menebang tebu terlalu kecil iaitu hanya rm 0.60 satu rantai sahaja dibawah panas terik matahari.

Walaupun hidup dalam serba kesusahan namun ayah dan ibu tetap menghantar aku ke sekolah rendah seperti budak-budak lain sebaya aku.  harapan ibu agar aku menjadi manusia yang lebih baik daripadanya.  Ini kerana ibu tidak pernah ke sekolah dan tidak tahu menulis dan membaca. jadi jika aku kesekolah aku akan dapat menulis dan membaca. itu saja matlamat asal ibu supaya aku dapat membaca dan memudahkannya untuk aku membaca nombor bas atau destinasi bas ketika beliau keluar ke Kuala Nerang untuk membeli bekalan. Ayah hanya bersekolah rendah sampai darjah 5 sahaj dan tahu menulis dan membaca. cuma ibu saja buta huruf.  Dari matlamat ibu supaya aku tahu membaca nombor bas akhirnya aku belajar sampai ke menara gading lebih jauh dari matlamat asalnya.

Memang tidak diinafikan tinggal di kawasan pendalaman negeri Kedah yang mundur adalah satu cabaran bagi aku untuk berseklah menimba ilmu.  Tinggal di kampung padang Setul yang masih kekurangan dalam serba serbi kemudahan asas pada awal tahun 1980-an adalah halangan terbesar untuk bersekolah.  Jarak sekolah rendah iaitu sekolah Kebangsaan Pedu dengan rumah lebih kurang 3 km. Namun tiada jalan bertar hanyalah denai yang becak dan berlumpur ketika musim hujan.  Aku masih ingat untuk kesekolah kami terpaksa meredah lumpur ketika musim hujan dan kami terpaksa membimbit kasut kami kerana dikhuatiri terkena lumpur. Oelh kerana dikiri kanan jalan yang semak dengan belikar ada kalanya kami terserempak dengan babi hutan yang melintas jalan.

Setelah berjalan kaki 2 km kami terpaksa melalui sebatang sungai iaitu Sungai Pedu yang sejauh 50 meter dengan titi hayun.  kata orang puteh adventure sungguh perjalanan ke sekolah.  Apa yang membimbangkan kami ialah ada kalanya budak-budak nakal menggongcang titi menyebabkan titi akan berayun dan kita gayat dan takut melaluinya. Aku masih ingat aku pernah menangis ketika ditengah-tengah titi kerana digongcang oleh budak-budak senior yang nakal.  namun kami tetap ke sekolah hari-hari tanpa rasa jemu walaupun ada kerisauan dalam diri kami.  Apabila kami berjaya melalui titi hayun kami akan singgah sekejap di sungai untuk mandi kerana kepanasan disimbahi cahaya matahari. air sungai pedu yang jernih dan sejuk kadangkala melalaikan kami untuk pulang ke rumah dengan segera.

No comments:

Post a Comment