Wednesday, August 25, 2010

Intro Kehidupan

Dilahirkan d pedalaman negeri kedah darulaman iaitu Kampung Padang Setul bermukim pedu dan pekan yang paling hampir ialah Kuala Nerang dan daerah Padang Terap. Antara wilayah yang paling mundur d negeri kedah selepas Baling. penduduk berbilang bangsa tetapi bangsa melayu yang paling ramai diikuti siam, cina dan hindu. bersempadanan dengan sempadan siam iaitu durian burung. pekerjaan penduduk terdiri daripada petani dan penoreh getah. terdapat juga buruh kilang gula dan buruh ladang tebu. 

Di utara mukim pedu ialah Empangan Pedu yang mewujudkan Tasik Pedu. terdapat juga penduduk yang bekerja sebagai nelayan di tasik Pedu.  Kebanyakan penduduk adalah miskin dan ditambah pula kekurangan kemudahan asas seperti elektrik, air, telefon dan jalan bertar.  Pada era penghujung 1980-an barulah terdapat sedikit kemudahan asas seperti jalan tar, elektrik dan air.  Namun penduduk hidup dengan rukun dan damai penuh dangan semangat kerjasama dan tolong menolong.  Pada masa tersebut tidak ramai anak pedu yang berjaya apatah lagi melangkah ke universiti.  Aku dan rakan-rakan zaman aku yang merintis ke Universiti dan pada masa sekarang hampir setiap kampung dah ada wakil di universiti.

No comments:

Post a Comment